Selasa, 24 September 2019

JENIS BATUAN BESAR


VARIASI BATUAN BESAR (MEGALITIK)

1.0  Menhir
Menhir adalah batuan tunggal (monolith) dan juga dikenali sebagai tugu batu tegak. Ianya diambil daripada perkataan yang berasal daripada bahasa Celtic[1]. ‘Men’ itu bermaksud batu dan ‘hir’ itu bermakna panjang. Menhir berada dalam posisi tegak di atas tanah. Ia juga agak meruncing di bahagian atas. Kedudukan sering ditemui dalam keadaan sendirian dan tunggal atau berkelompok sejajar.
Menhir dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu Menhir Tunggal, Menhir Berpasangan dan Menhir Berkelompok.  Masyarakat pra-sejarah mempercayai bahawa menhir ialah perlembangan kepada Phallus, iaitu simbol kesuburan tanah yang dimana ianya merupakan batu bersaiz besar dan sering ditemukan di pingggir-pinggir jalanan, halaman rumah orang berkedudukan, tempat pemujaan, sempadan wilayah atau daerah serta di perkampungan.
Ciri Menhir yang sering ditemui pada Menhir ialah batu besar yang didirikan di atas tanah. Menhir bersaiz besar ini dikatakan berasal daripada batuan yang berada di pinggiran sungai. Ada Menhir sehingga berukuran 1,600meter tinggi. Di beberapa tempat lain pula, Menhir berukuran saiz kecil. Menhir yang dijumpai juga mempunyai ciri berukir dan berhias. Ini dikatakan dipahat kemudian berdasarkan kepercayaan masyarakat setempat.
Dipercayai, ukiran di Menhir ialah simbol status kepada orang penting di dalam masyarakat. Menhir juga kelihatan meruncing di hujung batu. Kedudukan susunan Menhir yang berjajaran juga menjadikan ia unik. Bagi Menhir berkelompok, ia dipercayai sebagai tempat atau pusat pemujaan kepercayaan masyarakat setempat. Batu-batu yang berbentuk bulat juga ditemui pada budaya Megalitik.

1.1  Menhir Tunggal
Menhir Tunggal adalah seketul batu tegak yang didirikan di atas tanah. Menhir batu tunggal merupakan seketul batu bersaiz besar. Ia sering ditemukan di kawasan lapang, halaman kampung, pinggir jalanan dan persempadanan daerah. Ia juga dikatakan sebagai tempat pemujaan.[2]
1.2  Menhir Berpasangan
Menhir berpasangan adalah batu yang disandingkan atau disusun berpasang-pasangan dalam posisi berjajar. Kedudukan batu ini adalah daripada utara ke selatan dan timur ke barat. Kebanyakan menhir ini berada di kawasan perkuburan purba atau kawasan timbunan tanah.[3]
1.3  Menhir Berkelompok
Menhir berkelompok dipercayai adalah tempat pemujaan. Ia sering berkeadaan bulatan dan mempunyai kawasan pusat berbentuk bulat.



[1] Celtic atau dalam Bahasa Melayu dieja sebagai Keltik merupakan Bahasa yang berasal kawasan Indo-Eropah yang mempunyai percampuran diantara bahasa yang dituturkan oleh orang British dan. Sila rujuk https://oxfordbibliographiesonline.com/view/document/obo-9780199772810/obo-9780199772810-0115.xml#obo-9780199772810-0115-bibItemGroup-0001
[2] Adnan Jusoh, Yunus Sauman Sabin, dan Zuliskandar  Bin Ramli, “Kebudayaan Megalith di Semenanjung Malaysia dari Perspektif Sosiobudaya dan Etnoarkelogi,” 4.
[3] Adnan Jusoh, Yunus Sauman Sabin, dan Zuliskandar Bin Ramli, “Kebudayaan Megalith di Semenanjung Malaysia dari Perspektif Sosiobudaya dan Etnoarkelogi.” 5.

PENGENALAN MEGALITIK


PENGENALAN
Perkataan Megalith diambil daripada Bahasa Yunani yang membawa maksud batu manakala ungkapan “lith” pula bemakna besar. Gabungan dua perkataan tersebut dipanggil sebagai penggunaan batu besar dalam kehidupan masyarakat terdahulu khusunya masyarakat pada Zaman Logam dan selepasnya.[1] Megalitik awal dikatakan berasal dari zaman akhir Neolitik kira-kira 3000 Masehi di Mediterinean Timur atau lebih dikenali sebagai Asia Timur dan bekembang sehingga ke Zaman Logam.[2]
            Selain itu, Megalitik atau disebut Megalith ini dipercayai dibentuk oleh masyarakat pada zaman dahulu sebagai bentuk dan simbol ritual yang mempunyai variasi matlamat seperti ritual kesuburan, pemujaan, astronomi, simbol kekuatan, peringatan kepada individu, sumpahan dan kepercayaan animism termasuklah persembahan kepada tuhan, semangat puja alam yang meliputi simbol kekuatan, kekuasaan serta kepercayaan kepada kuasa mistik.[3]Secara umumnya, megalitik penting dalam memainkan peranan dari segi perlambangan dan spiritual lantas, ianya menjadi salah satu sumbangan kepada data arkeologi yang turut dikenali sebagi fitur[4] berdasarkan kedudukannya yang berada di atas tanah.[5]
Di Malaysia kajiannya megalit dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu Zaman Klasik (1895 -1970an) dan Zaman Moden iaitu sekitar 1980an hingga 1990an yang dimana kajian-kajian yang dibuat ini telah menampakkan ciri-ciri yang unik dan pelbagai, lalu, menjadi penyumbang kepada kekayaan seni dan warisan di Malaysia.[6]




[1] Adnan Jusoh, Yunus Sauman Sabin, dan Zuliskandar Bin Ramli, “Kebudayaan Megalith di Semenanjung Malaysia dari Perspektif Sosiobudaya dan Etnoarkelogi,” Jurnal Arkeologi Malaysia 31 (2018): 1–18, http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi.
[2] Abdul Aziz bin Abdul Rashid, “Lembah Megalith di Kuala Pilah,” Seminar Batu Megalitik, 2017.
[3]Jabatan Warisan Negara, “Tapak Megalitik: Daripada Sudut Pewartaan dan Perlindungan Tapak Warisan,” dalam Seminar Batu Megalitik (Seremban, 2017).
[4] Fitur menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan perkataan yang merujuk kepada ciri, bentuk atau sifat sesuatu benda yang tertentu. Fitur di dalam teks ini merujuk sifat atau bentuk batuan Megalith.
[5] “Megalitik di Negeri Sembilan,” Utusan Online, 28 November 2015, https://www.utusan.com.my/rencana/utama/megalitik-di-negeri-sembilan-1.163019. (24 September 2019)
[6] Jabatan Warisan Negara, “Tapak Megalitik: Daripada Sudut Pewartaan dan Perlindungan Tapak Warisan.”

Jumaat, 20 September 2019

Kota Tampan dan Alat Pertukangannya

Apa itu Kota Tampan
  Kota Tampan merupakan tapak arkeologi zaman batu.


Alat-Alat Pertukangan Kota Tampan adalah seperti berikut:
▶ Alat Palaeolitik Pertengahan alat penetak, kapak genggam, alat repeh
▶ Peralatan pula batu pemukul, batu teras, batu pelandas
▶ Bahan mentah kuar

Bahan alatan ini dikatakan diperbuat daripada
Batu kuartza, kuartzite.



Sumber:

http://www.jmm.gov.my/

Rabu, 18 September 2019

MEGALITIK DI MALAYSIA

 Berikut merupakan cadangan pada masa terdekat bagi penulisan artikel mengenai Megalitik di Malaysia.

Terdapat beberapa isu yang boleh dikupas, antaranya ialah :



  • PENDAHULUAN
Pada bahagian ini, akan dikupas maksud dan definisi megalitik mengikut pandangan sarjana. Di samping itu, kupasan mengenai budaya megalitik yang terdapat di Malaysia juga akan dibuat.

  •  VARIASI MEGALITIK
Penulis akan menyatakan kepelbagaian / bentuk / jenis-jenis megalitik yang terdapat di sekitar asia tenggara.
  • JENIS-JENIS MEGALITIK
Penulis akan menerangkan maksud, jenis dan fungsi setiap batuan megalitik yang disenaraikan.
  • TABURAN & TAPAK-TAPAK MEGALITIK DI MALAYSIA
Penulis akan menyenaraikan taburan megalitik yang terdapat di Malaysia
  • CARA PENYEBARAN BUDAYA MEGALITIK.
Kupasan akan dibuat mengenai bagaimana budaya megalitik di Malaysia tersebar dan apakah agen penyebaran yang menyebarkan kepercayaan megalitik dalam kalangan orang zaman dahulu dan adakah terdapatnya megalitik pada masa kini.
  • KESIMPULAN
Pada bab ini akan dibincangkan kesimpulan budaya megalitik dan kepentingannya kepada masyarakat Malaysia dan dalam disiplin ilmu sejarah.

Isnin, 16 September 2019

Selamat Datang

Blog ini diwiujudkan bagi memenuhi kriteria tugasan AOC7002

Jumaat, 2 Oktober 2009

hidup

kehidupan semakin meruncing disini...
pekong di dada kini terbuka....
benda yang menjadi rahsia kini terbuka...
pelikkan...
rahsia yang tersimpan utuh didalam blok konkrit
kini terbuka....
ajaib sungguh......
mengapa mulut manusia ini sekepoh tempayan....
kalaulah ini tidak berlaku
kan bagus...
si hawa kini bertukar peranan menjadi adam..
dan sebaliknya....
keadaan sekeliling mendesak.....