Selasa, 24 September 2019

PENGENALAN MEGALITIK


PENGENALAN
Perkataan Megalith diambil daripada Bahasa Yunani yang membawa maksud batu manakala ungkapan “lith” pula bemakna besar. Gabungan dua perkataan tersebut dipanggil sebagai penggunaan batu besar dalam kehidupan masyarakat terdahulu khusunya masyarakat pada Zaman Logam dan selepasnya.[1] Megalitik awal dikatakan berasal dari zaman akhir Neolitik kira-kira 3000 Masehi di Mediterinean Timur atau lebih dikenali sebagai Asia Timur dan bekembang sehingga ke Zaman Logam.[2]
            Selain itu, Megalitik atau disebut Megalith ini dipercayai dibentuk oleh masyarakat pada zaman dahulu sebagai bentuk dan simbol ritual yang mempunyai variasi matlamat seperti ritual kesuburan, pemujaan, astronomi, simbol kekuatan, peringatan kepada individu, sumpahan dan kepercayaan animism termasuklah persembahan kepada tuhan, semangat puja alam yang meliputi simbol kekuatan, kekuasaan serta kepercayaan kepada kuasa mistik.[3]Secara umumnya, megalitik penting dalam memainkan peranan dari segi perlambangan dan spiritual lantas, ianya menjadi salah satu sumbangan kepada data arkeologi yang turut dikenali sebagi fitur[4] berdasarkan kedudukannya yang berada di atas tanah.[5]
Di Malaysia kajiannya megalit dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu Zaman Klasik (1895 -1970an) dan Zaman Moden iaitu sekitar 1980an hingga 1990an yang dimana kajian-kajian yang dibuat ini telah menampakkan ciri-ciri yang unik dan pelbagai, lalu, menjadi penyumbang kepada kekayaan seni dan warisan di Malaysia.[6]




[1] Adnan Jusoh, Yunus Sauman Sabin, dan Zuliskandar Bin Ramli, “Kebudayaan Megalith di Semenanjung Malaysia dari Perspektif Sosiobudaya dan Etnoarkelogi,” Jurnal Arkeologi Malaysia 31 (2018): 1–18, http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi.
[2] Abdul Aziz bin Abdul Rashid, “Lembah Megalith di Kuala Pilah,” Seminar Batu Megalitik, 2017.
[3]Jabatan Warisan Negara, “Tapak Megalitik: Daripada Sudut Pewartaan dan Perlindungan Tapak Warisan,” dalam Seminar Batu Megalitik (Seremban, 2017).
[4] Fitur menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan perkataan yang merujuk kepada ciri, bentuk atau sifat sesuatu benda yang tertentu. Fitur di dalam teks ini merujuk sifat atau bentuk batuan Megalith.
[5] “Megalitik di Negeri Sembilan,” Utusan Online, 28 November 2015, https://www.utusan.com.my/rencana/utama/megalitik-di-negeri-sembilan-1.163019. (24 September 2019)
[6] Jabatan Warisan Negara, “Tapak Megalitik: Daripada Sudut Pewartaan dan Perlindungan Tapak Warisan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan