Selasa, 24 September 2019

JENIS BATUAN BESAR


VARIASI BATUAN BESAR (MEGALITIK)

1.0  Menhir
Menhir adalah batuan tunggal (monolith) dan juga dikenali sebagai tugu batu tegak. Ianya diambil daripada perkataan yang berasal daripada bahasa Celtic[1]. ‘Men’ itu bermaksud batu dan ‘hir’ itu bermakna panjang. Menhir berada dalam posisi tegak di atas tanah. Ia juga agak meruncing di bahagian atas. Kedudukan sering ditemui dalam keadaan sendirian dan tunggal atau berkelompok sejajar.
Menhir dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu Menhir Tunggal, Menhir Berpasangan dan Menhir Berkelompok.  Masyarakat pra-sejarah mempercayai bahawa menhir ialah perlembangan kepada Phallus, iaitu simbol kesuburan tanah yang dimana ianya merupakan batu bersaiz besar dan sering ditemukan di pingggir-pinggir jalanan, halaman rumah orang berkedudukan, tempat pemujaan, sempadan wilayah atau daerah serta di perkampungan.
Ciri Menhir yang sering ditemui pada Menhir ialah batu besar yang didirikan di atas tanah. Menhir bersaiz besar ini dikatakan berasal daripada batuan yang berada di pinggiran sungai. Ada Menhir sehingga berukuran 1,600meter tinggi. Di beberapa tempat lain pula, Menhir berukuran saiz kecil. Menhir yang dijumpai juga mempunyai ciri berukir dan berhias. Ini dikatakan dipahat kemudian berdasarkan kepercayaan masyarakat setempat.
Dipercayai, ukiran di Menhir ialah simbol status kepada orang penting di dalam masyarakat. Menhir juga kelihatan meruncing di hujung batu. Kedudukan susunan Menhir yang berjajaran juga menjadikan ia unik. Bagi Menhir berkelompok, ia dipercayai sebagai tempat atau pusat pemujaan kepercayaan masyarakat setempat. Batu-batu yang berbentuk bulat juga ditemui pada budaya Megalitik.

1.1  Menhir Tunggal
Menhir Tunggal adalah seketul batu tegak yang didirikan di atas tanah. Menhir batu tunggal merupakan seketul batu bersaiz besar. Ia sering ditemukan di kawasan lapang, halaman kampung, pinggir jalanan dan persempadanan daerah. Ia juga dikatakan sebagai tempat pemujaan.[2]
1.2  Menhir Berpasangan
Menhir berpasangan adalah batu yang disandingkan atau disusun berpasang-pasangan dalam posisi berjajar. Kedudukan batu ini adalah daripada utara ke selatan dan timur ke barat. Kebanyakan menhir ini berada di kawasan perkuburan purba atau kawasan timbunan tanah.[3]
1.3  Menhir Berkelompok
Menhir berkelompok dipercayai adalah tempat pemujaan. Ia sering berkeadaan bulatan dan mempunyai kawasan pusat berbentuk bulat.



[1] Celtic atau dalam Bahasa Melayu dieja sebagai Keltik merupakan Bahasa yang berasal kawasan Indo-Eropah yang mempunyai percampuran diantara bahasa yang dituturkan oleh orang British dan. Sila rujuk https://oxfordbibliographiesonline.com/view/document/obo-9780199772810/obo-9780199772810-0115.xml#obo-9780199772810-0115-bibItemGroup-0001
[2] Adnan Jusoh, Yunus Sauman Sabin, dan Zuliskandar  Bin Ramli, “Kebudayaan Megalith di Semenanjung Malaysia dari Perspektif Sosiobudaya dan Etnoarkelogi,” 4.
[3] Adnan Jusoh, Yunus Sauman Sabin, dan Zuliskandar Bin Ramli, “Kebudayaan Megalith di Semenanjung Malaysia dari Perspektif Sosiobudaya dan Etnoarkelogi.” 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan